Saya kini melanggan pelan Disney+. Adakah terdapat sebarang perubahan pada pelan saya dengan aplikasi Disney+ yang baharu?
Bagi pelanggan pelan Disney+ Basic, pelan anda akan dinamakan semula kepada Disney+ Standard. Anda juga boleh menstrim pada sehingga dua (2) peranti secara serentak berbanding satu (1) peranti sebelum ini, serta menikmati pendaftaran peranti tanpa had, tanpa sebarang perubahan pada caj langganan bulanan anda.
Jika anda kini melanggan pelan Disney+ Premium, anda boleh menstrim pada sehingga empat (4) peranti secara serentak berbanding tiga (3) peranti sebelum ini, serta turut menikmati pendaftaran peranti tanpa had, tanpa sebarang perubahan pada caj langganan bulanan anda.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan berkaitan aplikasi Disney+ atau ciri-ciri baru yang tersedia, sila layari Pusat Bantuan Disney+.