Saya tidak dapat log masuk ke Disney+ pada Astro Ultra atau Ulti Box saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan bahawa:
a. Langganan Astro anda merangkumi Disney+. Anda boleh menyemaknya melalui aplikasi atau laman web My Astro di bawah Manage Subscription → Add-ons.
b. Langganan Disney+ anda telah diaktifkan. Anda boleh menyemak status pengaktifan melalui aplikasi atau laman web My Astro di bawah Manage Subscription → Add-ons.
c. Anda menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang betul yang dikaitkan dengan akaun Disney+ anda.
Jika anda masih menghadapi masalah untuk log masuk, sila WhatsApp atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Astro di +603 9543 3838.