Skip to main content
Promotional poster for Big Stage featuring multiple performers standing on an illuminated stage with Astro branding.

Big Stage Rocketfuel Kembali untuk Musim Ke-7 di Astro

Pentas Bakal Bersinar. Dominasi For Real.

 

Bermula 28 Jun, program popular Astro iaitu Big Stage Rocketfuel kembali dengan musim baharu yang lebih besar dan berani! Barisan bintang baharu bakal menggegarkan pentas dengan persembahan penuh impak, sambil berdepan cabaran sengit setiap minggu.

Hanya yang paling menyerlah, asli dan konsisten akan kekal di puncak. Ini bukan sekadar bersinar — ini saatnya untuk Dominasi For Real.

Kali ini, pentas Big Stage Rocketfuel membuka peluang untuk mencari bintang solo atau duo paling menyerlah. Bukan sahaja berbakat, tetapi memiliki identiti dan daya tahan untuk mendominasi industri muzik. 

Barisan peserta musim ini menampilkan Qilo, Yad-Z, Ranisha, Adam & Nazmie, Danial Kifli, Sufie Rose, Rieffa, Sabrina, Aliff Kimiey, Danny dan Hussain, yang bersedia memberikan persembahan terbaik demi merebut gelaran juara.

Program ini diacarakan oleh Nabil Ahmad bersama Azeva, yang sebelum ini merupakan finalis program Talk To My Manager S2.

Barisan juri tetap setiap minggu pula terdiri daripada Akim Ahmad, Aisha Retno dan Hael Husaini, yang memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan peserta melalui sistem penilaian 100% berdasarkan keputusan juri.

 

Barisan peserta: 
  • Qilo
  • Yad-Z
  • Ranisha
  • Adam & Nazmie
  • Danial Kifli
  • Sufie Rose
  • Rieffa
  • Sabrina
  • Aliff Kimiey
  • Danny
  • Hussain

 

Strim di mana?

Big Stage Rocketfuel Musim Ke-7 akan bersiaran pada setiap hari Ahad, secara LANGSUNG bermula  28 Ogos 2026, jam 9 Malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.